Kursus Latihan Pengendalian Makanan Siri 5/2024
24 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu, 23 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Bengoh telah mengadakan Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 5/2024 secara atas talian iaitu melalui aplikasi zoom meeting. Seramai 5 orang peserta telah terlibat dalam kursus tersebut. Kursus Latihan tersebut berlansung selama 3 jam iaitu bermula dari 09:30 pagi sehingga 12:30 tengahari.
Kursus tersebut telah disampaikan oleh pihak dari NZ Bunga Venture dimana ianya adalah sebuah sekolah yang berdaftar dibawah KKM untuk memberi kursus mengenai pengendalian makanan. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membantu para peserta untuk mendapatkan sijil sah pengendalian makanan. Para peserta turut diterapkan menggunakan beberapa modul pembelajaran mengenai pengendalian makanan.
Kami turut berkongsi mengenai modul Klik Dengan Bijak iaitu penipuan atas talian ataupun gejala scam kepada para peserta agar tidak mudah menjadi mangsa kepada gejala penipuan seperti ini.
Kami berharap agar segala tunjuk ajar yang disampaikan oleh tenaga pengajar dapat dijadikan pengajaran dan rujukan untuk masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: